Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Wednesday, March 5, 2014

Life and Internet..


Harini sis nak kongsikan satu kisah mengenai kempen kesedaran yang di adakan oleh Sektor Kewangan Persekutuan yang di adakan di Belgium di mana mereka nak menunjukkan bagaimana kisah seluruh hidup rakyat boleh di dapati dalam talian dengan mudahnya.


Dalam video di atas, beberapa orang telah di jemput secara rawak untuk untuk menyertai program TV terbaru yang mana dalam program tersebut, pengacaranya boleh membaca minda seseorang dengan mudahnya. Dalam program ini, beliau(pengacara) akan mendedahkan segala maklumat khusus para jemputan tadi seperti maklumat rumah, rakan-rakan dan malahan maklumat mengenai akaun bank mereka juga akan di dedahkan. Dan sudah semestinyalah kan mereka yang hadir ni akan tergamam dan terkejut sekiranya segala maklumat yang di dedahkan tu semuanya betul dan tepat dan mulalah mengagumi kebolehan meramal pengacara tadi adalah sangat menakjubkan sedangkan kesemua maklumat tadi mereka sendiri yang dedahkan di laman sosial peribadi mereka seperti Facebook dan sebagainya. Jadi kesimpulannya di sini, berhati-hati lah dan jangan sesekali mendedahkan maklumat sulit anda atau hal-hal peribadi anda di laman-laman seperti ini untuk mengelak di salah gunakan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab di luar sana tu.  

Saturday, March 1, 2014

Back to Blogging..



After a long hiatus and disappear from this blogging world, move to the new home and quitting my job, (finally!) I am back to blogging. 

I started this blog four years ago (I guess, so lazy to ensure it), as a freelancer (doing online job) and stop from this blogging world in 2011 (see my previous post) when I have to start with my new job at Petaling Jaya.  After two years working, I decided to quit from my job (my brother ask to move together with him to his new house at Rawang) and now I coming back to my old life, doing some online job as a Freelancer and now, blogging!. I am so excited and hope you will follow along with me!

Tuesday, June 7, 2011

Cari kerja!!!!!






Hai semua!. Lama dah sis tak mencoret di blog sis ni. Lately ni sis tengah sibuk mancari kerja. Sis sekarang ni dah pindah ke Taman Dato Haron, Petaling Jaya jadi sis terpaksa mencari kerja baru sekarang ni. Sis tak kisah la jawatan apa pun janji sis dapat kerja dan tempat kerja tu senang sis nak pergi dengan bas or train (kat tempat sis sekarang ni ada kemudahan bas dengan KTM je).

Baru-baru ni sis cuba la nak cari kerja kat bahagian perkilangan sebab sekarang ni sis dah terdesak sangat nak cari kerja. Sis pun pergila area PJ. Sis ada tengok iklan Western Digital nak operator pengeluaran jadi sis pun pergila cuba untuk temuduga, terdesak punya pasal. Masuk-masuk saja diorang suruh sis isi Application Form. Sis isi apa yang diorang tanya dalam borang tu. Siap je sis hantar kat orang tu.

Ok, tak lama dari tu diorang panggil dan tanya 2,3 macam soalan. Finally, ok awak di terima!. Sis di suruh datang untuk lapor diri dalam 2 hari lagi. Hati ni happy je masa tu.
Besoknya, sis dapat call dari orang Western Digital. "Maaf cik, kami tak dapat hire awak sebab awak ada Diploma". Sis cuba merayu kat orang tu masa tu tapi dia cakap dah memang prosider kami macam ni katanya. Hurmm..ok la kalau macam tu, sis balas jawapan orang tu. Dalam hati ni sedih Tuhan je yang tahu. Macam-macam kilang yang sis pergi dan kali ni tanpa memberitahu yag sis ni graduan apa tapi satu pun tak melekat. Apala malang sangat nasib sis ni.

Lepas ni sis nak cuba cari kerja melalui akhbar pula. Harap-harap ada yang sangkut. Kerani pun jadila daripada takde.