Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Monday, February 28, 2011

Naughty Bee's...

Ni lagi satu entri sis yang termasuk dalam "entri takde keje". Dan hal ini  baru sahaja berlaku semalam,iaitu hari Ahad semalam.


Nampak tak gambar lebah di atas ni? Entri sis kali ni berkaitan dengan Mr. Bee ni la. Si lebah yang nakal. 

Kejadiannya macam ni. Semalam sis tangah bawa moto kat highway. Masa tu sis nak pergi melawat adik sis kat PLKN. Ala, kem yang adik sis dapat tu tak jauh pun, naik moto baru dalam sejam je jarak dia dari rumah sis. Sis ni kalau korang nak tahu,sis suka menyanyi sambil bawa moto. Macam-macam la lagu yang keluar dari mulut sis ni masa bawa moto. Segala lagu yang sis tahu akan sis nyanyikan,hehe.


Konon-kononnya macam nila sis bawa moto semalam,hehe. Sis bawa relax je sambil nyanyi-nyanyi. Sambil sis bawa moto,tiba-tiba sis macam terlanggar sesuatu di udara. Macam sis di baling dengan batu-batu kecil. Masa tu sis masih teruskan lagi bawa moto sis tapi bila dalam hati sis ni fikir kemungkinan yang sis rempuh tadi tu paku-paku kecil yang di lemparkan oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab,dan-dan masa tu jugak sis stop kat tepi kejap. 

Sis pun tengok-tengok la kat tayar moto sis masa tu jugak tapi sis tengok ok je tayar moto sis. Then masa tu sis baru perasan ada sesuatu kat cermin helmet sis,macam ada percikan darah. Masa tengah memikir apa bendenya yang terpercik kat cermin moto sis tu tiba-tiba sis rasa sakit sangat kat pergelangan tangan sis. Cepat-cepat sis selak jaket yang sis pakai masa tu then guess what,tiba-tiba seekor lebah terbang keluar dari dalam jaket sis tu dan dalam masa yang sama lebah tu sempat cocokkan sengat dia kat lengan sis ni. Punya la main sakit dia sengat. Masa tu sengat dia masih lagi melekat kat kulit sis sebelum sis sendiri yang cabut sengat tu dari kulit sis ni.


Tak sampai 5 minit, kulit sis dah mula berdenyut-denyut. Sepanjang sis bawa moto selepas tu lengan sis ni berdenyut-denyut sakit. Malah dah merah dan bengkak. Dari selepas jumpa adik sis semalam sampai la sekarang,tangan ni masih bengkak. 


Kalau korang nak tahu,benda yang sis cakap masa awal tadi iaitu sis seperti di baling batu-batu kecil,rupanya semua tu adalah sekumpulan lebah yang tengah berterbangan kat tepi highway. Dan percikan yang terkena kat helmet sis tu rupanya percikan darah lebah-lebah tersebut. Ni semua golongan lebah yang 'failed" masa ambil lesen terbang,hehehe.

Korang kat luar sana tu hati-hati tau. Sekarang ni lebah-lebah macam ni suka merayap sesuka hati,terutamanya rumah yang mempunyai banyak pokok-pokok bunga. Awas dan berjaga-jaga la korang ye sebab....




Hehehehe...


P/s: kesemua gambar di atas di curik dari Google..credit to Google!

Friday, February 25, 2011

Entri takde keje..hehe

Haiiiiiiiii semuaaaaaaaaa!!!

Entri sis kali ni merupakan entri yang sangat-sangat tak pernah terlintas di fikiran sis sebabnya ini entri paling MALAS yang sis pernah buat selama berblogging ni(macamla dah bertahun-tahun jadi blogger,hehe). Entri ni terpanggil untuk sis publishkan sebab otak sis ni belum ada idea untuk mencoret entri yang best-best. So di sebabkan belum ada idea,sis pun pergi la memblogwalking ke blog kawan-kawan di luar sana tu.

Jalan punya jalan(walaupun realitinye montot masih melekat kat kerusi,hikhik) sis pun berjayalah memasuki banyak blog kawan-kawan di luar sana tu sambil meninggalkan jejak di ShoutMix,sekalian memberi komen dan memfollow blog-blog yang sis minat dengan happynya,hehe.

Masa sis tengah memblogwalking ke blog kawan-kawan kita di luar sana tu,sis perasan satu image pelik ni. Mula-mula sis buat-buat tak nampak je sebab sis ingatkan kat blog tu saja yang ada image tu. Lepas tu sis memblogwalking lagi dan lagi dan makin lama makin banyak sis jumpa. Korang pun mesti tau pasal image yang sis maksudkan ni.

1st time tengok nata de coco dalam die ada katak..hehehe

Mesti ada antara korang yang alami benda yang sama ni kan? Benda ini akan terjadi kalau image yang korang masukkan dalam blog korang tu korang upload menggunakan Image Shack ni. Sis pernah alami benda yang sama dulu tapi itu terjadi kat Photobucket. Sama juga macam ni. Gambar-gambar tak keluar macam biasa.

Tapi hal ni sementara je, nanti beberapa hari lagi situasi ini pasti akan kembali seperti sediakala. So be patient keyyy.


P/s: Baru2 ni sis ade terfikir nak upload pic dalam Image Shack untuk entri "Time for me to HOLIDAY!!" untuk dapatkan url image tapi last2 sis guna khidmat blogger je..hehe  ^_^

Wednesday, February 23, 2011

Time for me to HOLIDAY!!!!

Korang mesti dah tau AirAsia tengah buat promosi besar-besaran sekarang ni kan? haaa,tak tau pun?? alaa,yang ni haaaa....

Sila klik untuk lebih jelas.

Sekarang dah tau dah kan??. Sebenarnya sis pun langsung tak tahu pasal promosi ni(malas check email biasela) kalau sis tak check email sis tengah hari tadi. Mula-mula buka email siang tadi,riak wajah sis yang cute ni(wuerkk perasan!!) dengan mata sis yang bulat menawan ni(stop perasan pleaseee!!!) masih berada di dalam kondisi yang tersangatla normal. Tapi bila sis buka email dari AirAsia tu dan mata ni terpandang  kat starting price yang AirAsia tulis tu start dari RM5,terus je terbeliak mata sis(siap kutip kat lantai sebab tergolek jatuh dari kelopak mata ni). Haishh,takde la,sis main-main je,cuma terpana sikit la kononnya,hehehe.

Promosi ini bermula dari 22 Feb 2011 sampaila 27 Feb 2011 dan tarikh penerbangan pula akan bermula pada 13 Sept 2011 sehinggala 29 Feb 2012. So sis pun apa lagi,sis pun mulalah search tarikh yag sis nak pilih. Dan untuk pengetahuan korang,promosi ni tak termasuk untuk bulan December. Bulan December di tutup untuk pembelian untuk harga promosi ni.

Cari punya cari tarikh yang sesuai,sis pun dapatla tarikh yang sis rasa sesuai untuk sis pergi bercuti dan destinasi pilihan sis adalah Kota Kinabalu,Sabah. Sis dah lama sangat tak pergi Sabah jadi kali ni sis nak pergi sementara ada tiket promosi ni. Di sebabkan tarikh nak pergi tu lama lagi jadi sempat la sis nak kumpul dana nak pergi sana nanti, hehe. 

Pada korang yang ada hajat nak pergi bercuti hujung tahun ni(antara Sept-Nov & Jan-Feb) leh la book tiket sekarang sementara masih murah. Sis pun dah book dah tadi,hehe. Sis pilih bulan Oktober. 

Tiket pembelian sis. Sila klik untuk 'tumbesaran' pic ini ye(hehe).


Harga yang sis dapat tersangatla murah dan korang boleh tengok sendiri kat tiket pembelian sis kat atas ni. Kalau tempah awal, korang boleh dapat harga yang macam sis dapat ni. So apa lagi,rebutla peluang ni SEKARANG!!!..hehe.

p/s: AirAsia tak bayar sis untuk periklanan ini. Semuanya di tanggung oleh sis sendiri. Harap maklum.(dalam hati gelak hehehehehe).