Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Friday, July 25, 2014

Google Adsense..

Salam semua..

Lamanya sis tak singgah blog ni sejak May lalu. Sis sibuk sangat lately ni dengan kerja. Tapi kadang tengok pada mood sis jugak, kalau ada mood rajin la online. Konon mula-mula ada niat di hati nak intai-intai blog tapi tiap kali online je mesti keutamaan tu buka Facebook dulu, hehe. Kalau dah buka Facebook tu sah-sahla blog di lupakan sekejap. Konon dalam hati cakap 'kejap lagi la baru buka blog' tapi kejapnya tu melarat ke arah melayan game-game kat Facebook tu, terutamanya Candy Crush (dulu sis pemain tegar Farmville, Cafe World, Mafia Wars, Poker dengan ada lagi satu tu tapi lupa la pula, main sampai tak ingat dunia, hehe) dan sekarang game Criminal Scene (betul ke tak, lupa sis nama dia). Sanggup main sampai berjam-jam pula tu, teruknya perangai. So blog secara automatik dah di sepak jauh.

Tapi sejak minggu lepas sis tiba-tiba rindu sangat dengan blog. Sis suka intai-intai blog orang, banyak yang menarik perhatian sis untuk kembali ke dunia blog. Blog yang sekarang ni merupakan blog sis yang baru, adalah dalam 2 tahun kot (2 tahun yang sering di abaikan,haha). Dulu, kira-kira 7-8 tahun lepas sis aktif juga dalam dunia blog ni. Dulu blog macam game Facebook je bagi sis, malam je mesti layan blog, terlalu addict dengan blog sampai sanggup tak tidur malam. Tapi tu dulu zaman-zaman remaja sis (preettttt), sekarang dah kerja ni dah kurang sikit.

By the way, sebagai permulaan sis pada hari ini, sis nak menempelkan iklan Google Adsense dekat blog sis ni. Sis dah tempelkan dah pun, tuuu nun di atas sana tuu, nampak tak?. Lepas tu ada satu lagi dekat belah sidebar kanan, hehe..


Misi selepas ni nak singgah-menyinggah ke blog blogger-blogger lain pula. Tu pun kalau teman sis bernama si MALAS tu tak datang menjenguk sis lepas ni, hehe..


=>> senyum selalu :)

No comments: