Harini sis nak kongsikan satu kisah mengenai kempen kesedaran yang di adakan oleh Sektor Kewangan Persekutuan yang di adakan di Belgium di mana mereka nak menunjukkan bagaimana kisah seluruh hidup rakyat boleh di dapati dalam talian dengan mudahnya.
Dalam video di atas, beberapa orang telah di jemput secara
rawak untuk untuk menyertai program TV terbaru yang mana dalam program
tersebut, pengacaranya boleh membaca minda seseorang dengan mudahnya. Dalam
program ini, beliau(pengacara) akan mendedahkan segala maklumat khusus para
jemputan tadi seperti maklumat rumah, rakan-rakan dan malahan maklumat mengenai
akaun bank mereka juga akan di dedahkan. Dan sudah semestinyalah kan mereka
yang hadir ni akan tergamam dan terkejut sekiranya segala maklumat yang di
dedahkan tu semuanya betul dan tepat dan mulalah mengagumi kebolehan meramal pengacara tadi adalah sangat
menakjubkan sedangkan kesemua maklumat tadi mereka sendiri yang dedahkan di
laman sosial peribadi mereka seperti Facebook dan sebagainya. Jadi
kesimpulannya di sini, berhati-hati lah dan jangan sesekali mendedahkan
maklumat sulit anda atau hal-hal peribadi anda di laman-laman seperti ini untuk
mengelak di salah gunakan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab di
luar sana tu.