Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Tuesday, June 7, 2011

Cari kerja!!!!!






Hai semua!. Lama dah sis tak mencoret di blog sis ni. Lately ni sis tengah sibuk mancari kerja. Sis sekarang ni dah pindah ke Taman Dato Haron, Petaling Jaya jadi sis terpaksa mencari kerja baru sekarang ni. Sis tak kisah la jawatan apa pun janji sis dapat kerja dan tempat kerja tu senang sis nak pergi dengan bas or train (kat tempat sis sekarang ni ada kemudahan bas dengan KTM je).

Baru-baru ni sis cuba la nak cari kerja kat bahagian perkilangan sebab sekarang ni sis dah terdesak sangat nak cari kerja. Sis pun pergila area PJ. Sis ada tengok iklan Western Digital nak operator pengeluaran jadi sis pun pergila cuba untuk temuduga, terdesak punya pasal. Masuk-masuk saja diorang suruh sis isi Application Form. Sis isi apa yang diorang tanya dalam borang tu. Siap je sis hantar kat orang tu.

Ok, tak lama dari tu diorang panggil dan tanya 2,3 macam soalan. Finally, ok awak di terima!. Sis di suruh datang untuk lapor diri dalam 2 hari lagi. Hati ni happy je masa tu.
Besoknya, sis dapat call dari orang Western Digital. "Maaf cik, kami tak dapat hire awak sebab awak ada Diploma". Sis cuba merayu kat orang tu masa tu tapi dia cakap dah memang prosider kami macam ni katanya. Hurmm..ok la kalau macam tu, sis balas jawapan orang tu. Dalam hati ni sedih Tuhan je yang tahu. Macam-macam kilang yang sis pergi dan kali ni tanpa memberitahu yag sis ni graduan apa tapi satu pun tak melekat. Apala malang sangat nasib sis ni.

Lepas ni sis nak cuba cari kerja melalui akhbar pula. Harap-harap ada yang sangkut. Kerani pun jadila daripada takde. 

8 comments:

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

cik fyza said...

aik?? peliknya.. tak ambik kerja sebab ada diploma... haish... pelik2 :(

Obat Tradisional Penyakit Darah Tinggi said...

susah cari kerja..

Pengobatan asam urat said...

cari uang dengan kerja

Obat Kencing manis said...

nyari duit itu susah.......tapi buang buang duit ma gampang beud

Obat Tradisional Penyakit Asam Urat said...

bekerja dan berkarya..mantabb

obat kuat pria said...

selamat berjuang..

Obat kanker Serviks said...

artikel yang bagus dan menarik