Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Tuesday, February 15, 2011

Curik kabel........

Baru-baru ni sis pergila melawat adik sis kat PLKN, tanggal 13hb Feb baru-baru ni. Datang-datang sana je, sis pun keluarkan lah henpon nak kol adik yang sis kesayangan dia ni dah sampai(sebab malam sebelum tu sis ada kol dia nak bagitau yang besoknya sis nak datang melawat dia). Baru sis nak klik no adik,terus jari-jemari sis ni tak jadi nak klik dah. Nak tau sebab apa?sebab kat henpon sis langsung takda NETWORK SIGNAL!!(lupe nak bgtau,sis pakai no Maxis). Sis tak pasti pula talian Celcom dengan DIGI tapi kalau Maxis, masa tu memang signalnya down terus.


Masa tu sis belum masuk pun lagi ke dalam untuk daftarkan nama. Sis dah terpinga-pinga dah macam mana nak contact adik masa tu sebab selalunya sis pegi melawat adik,kalau sis sampai je sis kol dia dulu,then baru lepas tu adik keluar. Jadi tak payah la sis suruh pegawai tu guna speaker untuk panggil nama adik sis ni.

Masa sis nak bawa barang-barang yang adik sis ni pesan(banyak pula tu dia pesan) masuk dalam kem PLKN tu,tiba-tiba muka adik sis dah muncul kat depan pendaftaran waris dah. Rupanya adik cakap memang dari awal dia dah tunggu kat area pendaftaran tu sebab takut nanti sis tak dapat kol dia,hehe..pandai pun adik sis ni.

Lepas mendaftar sis dengan adik pergila duduk kat dalam dan makan makanan yang sis bawa. Dan masa borak-borak tu barula sis tahu yang kabel talifon kat sana kena curi. Jahat punya pencuri,menyusahkan para pelatih je. Adik pula jenis yang tak suka pakai telephone booth,agaknya tak suka simpan duit siling dalam poket kot sebab diorang kan nak kena kawad dan macam-macam lagi so dia harapkan henpon dia ajela masa hujung minggu. Bila sis dah puas borak-borak dengan adik barula sis balik.

Kepada pencuri kabel di luar sana tu, lambat-laun korang akan tertangkap juga,tengokla. Hope so. Tak reti nak cari kerja,mencuri aje yang dia reti. Cukup sifat tapi nak dapat duit dengan cara senang je. Hurmm..dunia-dunia.

3 comments:

Nadira Nasarauddin said...

kesiannya kamu. nasib baik si adik dah tunggu awal2 kat tempat pendaftaran.

p/s: buat jahat pasti akan dibalas dengan kejahatan.

Up2Sis... said...

Nadira.:
tula kan, harap2 lepas ni xde lg kes2 mcmni berlaku..

Pengobatan Tradisional Penyakit Asam Urat said...

salam kenal..