Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Wednesday, February 23, 2011

Time for me to HOLIDAY!!!!

Korang mesti dah tau AirAsia tengah buat promosi besar-besaran sekarang ni kan? haaa,tak tau pun?? alaa,yang ni haaaa....

Sila klik untuk lebih jelas.

Sekarang dah tau dah kan??. Sebenarnya sis pun langsung tak tahu pasal promosi ni(malas check email biasela) kalau sis tak check email sis tengah hari tadi. Mula-mula buka email siang tadi,riak wajah sis yang cute ni(wuerkk perasan!!) dengan mata sis yang bulat menawan ni(stop perasan pleaseee!!!) masih berada di dalam kondisi yang tersangatla normal. Tapi bila sis buka email dari AirAsia tu dan mata ni terpandang  kat starting price yang AirAsia tulis tu start dari RM5,terus je terbeliak mata sis(siap kutip kat lantai sebab tergolek jatuh dari kelopak mata ni). Haishh,takde la,sis main-main je,cuma terpana sikit la kononnya,hehehe.

Promosi ini bermula dari 22 Feb 2011 sampaila 27 Feb 2011 dan tarikh penerbangan pula akan bermula pada 13 Sept 2011 sehinggala 29 Feb 2012. So sis pun apa lagi,sis pun mulalah search tarikh yag sis nak pilih. Dan untuk pengetahuan korang,promosi ni tak termasuk untuk bulan December. Bulan December di tutup untuk pembelian untuk harga promosi ni.

Cari punya cari tarikh yang sesuai,sis pun dapatla tarikh yang sis rasa sesuai untuk sis pergi bercuti dan destinasi pilihan sis adalah Kota Kinabalu,Sabah. Sis dah lama sangat tak pergi Sabah jadi kali ni sis nak pergi sementara ada tiket promosi ni. Di sebabkan tarikh nak pergi tu lama lagi jadi sempat la sis nak kumpul dana nak pergi sana nanti, hehe. 

Pada korang yang ada hajat nak pergi bercuti hujung tahun ni(antara Sept-Nov & Jan-Feb) leh la book tiket sekarang sementara masih murah. Sis pun dah book dah tadi,hehe. Sis pilih bulan Oktober. 

Tiket pembelian sis. Sila klik untuk 'tumbesaran' pic ini ye(hehe).


Harga yang sis dapat tersangatla murah dan korang boleh tengok sendiri kat tiket pembelian sis kat atas ni. Kalau tempah awal, korang boleh dapat harga yang macam sis dapat ni. So apa lagi,rebutla peluang ni SEKARANG!!!..hehe.

p/s: AirAsia tak bayar sis untuk periklanan ini. Semuanya di tanggung oleh sis sendiri. Harap maklum.(dalam hati gelak hehehehehe).

10 comments:

Isteri Yang Comel said...

memang tengah murah nie.. so per lagi bagi pengantin baru yang nak honeymoon tu....

Up2saya.. said...

Isteri yang comel:
Tol tu..kne cepat2 ambil peluang keemasan ni.. :)

Pacek ABU sifir said...

wahhhhh xctd tgk.....nk balik penang

Up2saya.. said...

Pacek ABE sifir:
ape lg tunggu,g beli tiket skng jugak!... :)

Kakkoii said...

hahaaaaa nak g melancong yeah3

Up2saya.. said...

Kakkoii:
hehe..konon2nye cmtula kak..melancing dlm negara je yg mampu..hehe

Eel said...

THANKS FOR THE INFO!
sangat2 berterima kasih!!

Up2saya.. said...

Eel:
welcome my dear friend.. :)

Caveat Lector said...

But yang RM5 tu from KL only, and then one-way. Klu return, konfem mahal. Sigh.

Up2saya.. said...

Caveat Lector:
x juga caveat..cuba tgk bulan Okt punye flight,semua murah2 tp pg sabah xde pun harga rm5,smua starting rm10..then yg sis ambil tu,pg rm10,balik pun rm10..tax rm12 pg-balik n sis beli seat pegi balik rm12 so smue rm44 je..murah kn?..hehe