Followers

TODAY BEST QUOTES : Love life and life will love you back. Love people and they will love you back. ~ Arthur Rubinstein

Monday, February 28, 2011

Naughty Bee's...

Ni lagi satu entri sis yang termasuk dalam "entri takde keje". Dan hal ini  baru sahaja berlaku semalam,iaitu hari Ahad semalam.


Nampak tak gambar lebah di atas ni? Entri sis kali ni berkaitan dengan Mr. Bee ni la. Si lebah yang nakal. 

Kejadiannya macam ni. Semalam sis tangah bawa moto kat highway. Masa tu sis nak pergi melawat adik sis kat PLKN. Ala, kem yang adik sis dapat tu tak jauh pun, naik moto baru dalam sejam je jarak dia dari rumah sis. Sis ni kalau korang nak tahu,sis suka menyanyi sambil bawa moto. Macam-macam la lagu yang keluar dari mulut sis ni masa bawa moto. Segala lagu yang sis tahu akan sis nyanyikan,hehe.


Konon-kononnya macam nila sis bawa moto semalam,hehe. Sis bawa relax je sambil nyanyi-nyanyi. Sambil sis bawa moto,tiba-tiba sis macam terlanggar sesuatu di udara. Macam sis di baling dengan batu-batu kecil. Masa tu sis masih teruskan lagi bawa moto sis tapi bila dalam hati sis ni fikir kemungkinan yang sis rempuh tadi tu paku-paku kecil yang di lemparkan oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab,dan-dan masa tu jugak sis stop kat tepi kejap. 

Sis pun tengok-tengok la kat tayar moto sis masa tu jugak tapi sis tengok ok je tayar moto sis. Then masa tu sis baru perasan ada sesuatu kat cermin helmet sis,macam ada percikan darah. Masa tengah memikir apa bendenya yang terpercik kat cermin moto sis tu tiba-tiba sis rasa sakit sangat kat pergelangan tangan sis. Cepat-cepat sis selak jaket yang sis pakai masa tu then guess what,tiba-tiba seekor lebah terbang keluar dari dalam jaket sis tu dan dalam masa yang sama lebah tu sempat cocokkan sengat dia kat lengan sis ni. Punya la main sakit dia sengat. Masa tu sengat dia masih lagi melekat kat kulit sis sebelum sis sendiri yang cabut sengat tu dari kulit sis ni.


Tak sampai 5 minit, kulit sis dah mula berdenyut-denyut. Sepanjang sis bawa moto selepas tu lengan sis ni berdenyut-denyut sakit. Malah dah merah dan bengkak. Dari selepas jumpa adik sis semalam sampai la sekarang,tangan ni masih bengkak. 


Kalau korang nak tahu,benda yang sis cakap masa awal tadi iaitu sis seperti di baling batu-batu kecil,rupanya semua tu adalah sekumpulan lebah yang tengah berterbangan kat tepi highway. Dan percikan yang terkena kat helmet sis tu rupanya percikan darah lebah-lebah tersebut. Ni semua golongan lebah yang 'failed" masa ambil lesen terbang,hehehe.

Korang kat luar sana tu hati-hati tau. Sekarang ni lebah-lebah macam ni suka merayap sesuka hati,terutamanya rumah yang mempunyai banyak pokok-pokok bunga. Awas dan berjaga-jaga la korang ye sebab....




Hehehehe...


P/s: kesemua gambar di atas di curik dari Google..credit to Google!

11 comments:

mariatul_m0hamadiah said...

hey.. kesian kamu..:) but nice experience...

Up2saya.. said...

maria:
mmg nice experience..hehe..1st time ni kne sengat so skng dh taula rase kne sengat tu mcmne.. :)

Anonymous said...

kena sengat lebah..kesiannyer..moga cpt sembuh

chia-chia fashion. said...

darah manis tu...tu yg lebah suka hehehee..gurau je.

Up2saya.. said...

Mamaqari:
thanks mamaqari..bengkak kena sengat ni dah surut dh..

MamaChia:
hehehe..mamachia ni ade2 je..

fiezah91 said...

hehehe..mesti sakit tu :P

Up2saya.. said...

fiezah91:
sakit die mmg xkeh tahan fiezah..berdenyut2 bile die dh bengkak..

mykhalis said...

mesti rasa tak best kan?Khalis baru je kene.. kan kedai makan..terus hilang selera,,sis..berdenyut lama ke sekejap?

Up2saya.. said...

mykhalis:
mmg rase x best..dhla mse tu sis tgh bw moto,tgn plak b'denyut2 sakit..bengkakla tgn sis dlm 4 hari..mse tu sentuh sikit mst rse sakit..pastu sis beli ubat sapu kt kedai cine barula b'kurangan sakit tu n bengkak pun makin surut..skng ni dh ok dh tgn sis..

Kakkoii said...

pulak... x pe lebah yg sengat tu dah mati dah.. dun worry eh. hehe

Obat Kuat Pria said...

informasi yang menarik..